Hírek
Lawatan Perwakilan INPUT Hungary
Ketua Bahagian Perkembangan Perniagaan untuk Program INPUT Hungary, En Dániel Vincz telah membuat lawatan rasmi ke Malaysia pada 11hb hingga 17hb Mac 2019. Program INPUT Hungary ini merupakan program 5 tahun di bawah Kementerian Teknologi dan Inovasi Hungary dan mensasarkan startup yang kepakaranya dalan bidang teknologi maklumat. Antara fungsi INPUT termasuk membantu membawa startup Hungary ke persada dunia. Perwakilan tersebut terdiri daripada dua buah startup fintech disamping En. Vincz sendiri dan ini telah memberi peluang kepada mereka untuk memperkenalkan cadangan – cadangan dan inovasi Hungary kepada wakil-wakil di Malaysia.
Perwakilan daripada Hungary telah melawat pameran MAHA 2018
Sebuah perwakilan daripada Pusat Innovasi dan Penyelidikan Pertanian Kebangsaan Hungary yang diketuai oleh Ketua Pengarahnya, Prof. Dr. Csaba Gyuricza, telah melawat Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Antarabangsa 2018 (MAHA 2018) pada 22 -26hb November, 2018.
Roadshow Mengenali Eropah Tengah
Asia Tenggara 2018 Roadshow mengenali Europah Tengah, Asia Tenggara 2018 telah diadakan pada 27hb September 2018 di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur.
Hungarian Film Fiesta
Kedutaan Hungary di Kuala Lumpur dengan kerjasama Golden Screen Cinemas dan Cinema Online telah mengadakan acara HUNGARIAN FILM FIESTA IN MALAYSIA yang bertemakan bola sepak yang telah berlangsung dari 7-10 Jun 2018 di GSC Pavilion KL.
Perkhidmatan Linistry kini sedia ada di Asia
Perkhidmatan Linistry kini sedia ada di Asia