Lawatan Perwakilan INPUT Hungary

Ketua Bahagian Perkembangan Perniagaan untuk Program INPUT Hungary, En Dániel Vincz telah membuat lawatan rasmi ke Malaysia pada 11hb hingga 17hb Mac 2019. Program INPUT Hungary ini merupakan program 5 tahun di bawah Kementerian Teknologi dan Inovasi Hungary dan mensasarkan startup yang kepakaranya dalan bidang teknologi maklumat. Antara fungsi INPUT termasuk membantu membawa startup Hungary ke persada dunia. Perwakilan tersebut terdiri daripada dua buah startup fintech disamping En. Vincz sendiri dan ini telah memberi peluang kepada mereka untuk memperkenalkan cadangan – cadangan dan inovasi Hungary kepada wakil-wakil di Malaysia.

 

https://inputprogram.com/ 

Tujuan utama lawatan pihak INPUT ke Malaysia adalah untuk mepelajari dengan lebih lanjut situasi dan ekosistem startup di Malaysia dengan melawat beberapa organisasi dan syarikat tempatan termasuk MAD Incubator, Sunway University, Sunway iLabs, MaGIC, MIGHT, MDEC dan Kementerian Pembangunan Usahawan. Antara yang dibincangkan semasa lawatan- lawatan tersebut termasuk kerjasama masa depan dan perkembangan dan perkongsian idea – idea dan solusi – solusi.

Acara utama pada minggu tersebut merupakan sebuah bengkel mengenai Inovasi ICT Hungary yang telah diaturkan oleh Kedutaan Hungary di Kuala Lumpur pada 14hb Mac 2019 yang disertai seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada wakil- wakil dari pelbagai Jabatan dan syarikat di sekitar Ibu Kota. Para perserta telah berpeluang untuk mempelajari dan mengetahui dengan lebih lanjut tentang inovasi- inovasi terkini dalam bidang ICT di Hungary yang telah disampailan oleh 2 buah startup fintech iaitu Bankzee dan Family Finances serta dua lagi syarikat ICT Hungary.