Ekonomi Hungary

Hungary mempunyai ekonomi terbuka dan didorong eksport. Sektor perkhidmatan Hungary menyumbang kurang daripada dua pertiga Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara. Perkhidmatan-perkhidmatan swasta dalam sektor perkhidmatan (perdagangan, pelancongan, kewangan dan perkhidmatan-perkhidmatan ekonomi lain) negara Hungary adalah sangat maju. Dari segi perkhidmatan, terutamanya perkhidmatan ekonomi yang mewakili sebahagian besar daripada pengeksportan negara. Disebabkan kawasan geografi Hungary yang amat menggalakkan, sektor pengangkutan (mengandungi beberapa syarikat yang dimiliki oleh kerajaan negeri dan syarikat-syarikat swasta) menawarkan keadaan optimum untuk trafik transit. Sebanyak 4% daripada KDNK Hungary diwakili oleh Sektor Pertanian kerana Hungary mempunyai keadaan iklim yang menggalakkan. Sejajar dengan trend antarabangsa, sektor perindustrian pula menyumbang lebih kurang satu perempat dari KDNK negara. Baru-baru ini, pengeluaran untuk industri-industri yang mengutamakan eksport juga dapat dipertingkatkan. Ini termasuk industri automotif, telekomunikasi dan teknologi komputer.

Menurut Pejabat Pusat Statistik Hungary, KDNK Hungary telah menunjukkan kadar pemulihan yang rancak pada tahun 2021 dengan perkembangan 7.1%  berdasarkan tahun ke tahun dan berjaya memecahkan rekod prestasinya pra-pandemik semasa tahun 2019. Ini bermakna bahawa KDNK pada tahun 2021 ialah USD 181,758.6 Juta dan KDNK/perkapita ialah USD 18,719 (data awal).

Dalam sepanjang tahun 2021, purata rakyat yang mempunyai perkerjaan telah meningkat sebanyak 31 ribu ke 4 juta dan 635 ribu dan kadar pekerja dari golongan umur 15-64 tahun ialah 73.1% (1.2 mata peratus lebih dari tahun lepas). Secara seluruhanya, purata bilangan penganggur ialah 196 ribu dengan kadar pengangguran 4.1%, seasasnya sama dengan tahun lepas. Harga pengguna telah meningkat sebanyak 5.1% secara purata pada tahun 2021 jika dibandingkan denga tahun sebelumnya.

Hubungan Ekonomi Hungary – Malaysia

Pada tahun 2021, Malaysia merupakan rakan perdagangan yang ketiga terpenting dalam golongan negara-negara ASEAN. Jumlah perdagangan antara kedua-dua negara merosot sedikit dalam sekitar USD 845 juta. Ini disebabkan terutamanya oleh kadar pengimportan pada tahun lepas dari Malaysia yang menurun sebanyak -22.9% dan kadar pengeksportan Hungary meningkat sebanyak 19.2%. Pada separuh pertama 2022, kadar sumbangan eksport dari negara Asia-Tenggara tersebut mula perlahan (merosot sebanyak -9.4%) tetapi kadar pengimportan dari Hungary meningkat secara mendadak sebanyak +16.3%.

Perjanjian Dua hala penting berkaitan dengan ekonomi

Konvensyen Perjanjian Mengelakkan Percukaian Berganda (1991)

Perjanjian Perlindungan Perlaburan (1995)

Perjanjian Kerjasama Ekonomi (2019)

Institusi penting berkaitan perdagangan

Agensi Promosi Eksport Hungary (HEPA)

Agensi Promosi Pelaburan Hungary (HIPA)

Bank Eksport-Import Hungary (Eximbank)