Kedutaan Hungary di Kuala Lumpur dengan kerjasama Golden Screen Cinemas dan Cinema Online telah mengadakan acara HUNGARIAN FILM FIESTA IN MALAYSIA yang bertemakan bola sepak yang telah berlangsung dari 7-10 Jun 2018 di GSC Pavilion KL. Acara ini adalah bagi memperingati dan meraikan ulang tahun ke-65 bersempena kemenangan 6-3 oleh Hungary ke atas England dan merupakan pasukan pertama mengalahkan England di London selama 90 tahun. Selain itu, acara ini adalah untuk membuka tirai kejohanan bola sepak FIFA World Cup 2018 ke-21 yg sedang berlangsung di Russia.

Pada tahun ini, suka citanya kami telah menjemput dua tetamu undangan ternama. Salah satu daripadanya ialah pemenang anugerah FIFA Puskas 2016 iaitu Mohd Faiz Subri yang sememangnya memenuhi tema acara pada tahun ini. Kami juga telah menjemput Encik György iaitu wakil daripada Tradisi dan Adat Bola Sepak Hungary yang bertanggungjawab menjaga khazanah Ferenc Puskas, salah satu pemain bola sepak terbaik dunia.Kami juga telah diberikan amanah untuk mengadakan perjumpaan antara Encik György Szöllősi dan Konfederasi Bola Sepak Asia. Mereka telah menyatakan hasrat mereka untuk mengekalkan perpaduan dan menguatkan lagi hubungan erat mereka serta minat dalam bola sepak.