Perkhidmatan Linistry kini sedia ada di Asia melalui Rinne. Rinne mempunyai pengalaman yang luas dalam transformasi perniagaan dan menggalakkan penggunaan teknologi secara inovatif. Linistry menjadikan penantian dan penungguan kini lebih menyeronokkan dan aktif dengan hanya satu klik pada telefon bimbit. Linistry menyelesaikan masalah penungguan yang lama, maka meningkatkan tahap kepuasan hati, kesetiaan, dan kadar keuntungan para pelanggan.

Pasukan yang berasal daripada Hungary ini dipertanggungjawabkan untuk mempromosikan Linistry yang kini sedia ada di Asia. Kedutaan Hungary telah menganjurkan bengkel yang telah mendapat sambutan hangat dengan jumlah peserta seramai 76 orang. Selain itu, dengan bantuan Kedutaan, Linistry telah diberikan peluang untuk mengadakan perjumpaan dengan syarikat-syarikat ternama bagi membincangkan tentang kebarangkalian untuk bekerjasama pada masa yang akan datang.