MAKLUMAT VISA SCHENGEN

Visa Schengen hanya untuk penginapan jangka pendek (kurang dari 90 hari). Manakala, Visa jenis "D type" adalah untuk penginapan jangka panjang (lebih dari 90 hari, Contoh. Pelajar, pekerjaan).

 

Bayaran Visa Schengen: 369 MYR (RM)

Bayaran Visa Jenis D (Jangka panjang): 299 MYR (RM)

 

Pembayaran: Bayaran visa hanya dapat dibayar melalui pembayaran bank semasa membuat permohonan visa.

(lihat di bawah untuk maklumat pembayaran bank*)

Tempoh prosedur: 15 hari

 

Syarat - Syarat: 

  • Pemohon wajib menghadir di pejabat semasa memohon visa
  • Borang permohonan yang lekap (borang permohonan boleh dimuat turun dari sini: http://konzuliszolgalat.kormany.hu/visa-application-forms)
  • Gambar pasport berwarna (tidak lebih daripada 6 bulan)
  • Pasport yang sah dan salinan (Perhatian: pasport hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya dua muka surat kosong; harus dikeluarkan dalam tempoh masa 10 tahun lalu; kesahihannya hendaklah meliputi sekurang-kurangnya 3 bulan selepas tarikh berlepas dari wilayah Negara Anggota atau, sekiranya pelawatan atas beberapa kali, selepas tarikh terakhir berlepas dari wilayah Negara Anggota)
  • Bukti Kewangan (Surat pekerjaan, Kontrak pekerjaan, Penyata bank terkini atau tiga bulan yang lalu)
  • Tiket pengangkutan
  • Bukti tempat penginapan
  • Bukti Insurans
  • Bukti bagi tujuan penginapan tersebut

 

Waktu beroperasi:

Isnin, Rabu dan Jumaat

9.00 pagi – 12.00 petang