Tahun ini menandakan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Hungary dan Malaysia. YB Datuk Darell Leiking, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia dan H.E. Péter Szijjártó, Menteri Luar Negeri dan Perdagangan Hungary telah menandatangani Memorandum Persefahaman Kerjasama Ekonomi antara kerajaan Hungary dengan Malaysia  merupakan pencapaian terbaru semasa lawatan rasmi ke Budapest. Dokumen tersebut ditandatangani pada 15 November 2019,  akan memberi dorongan lebih lanjut kepada perdagangan dua hala yang semakin pesat dan sudah mencapai 580 juta dolar AS pada 2018.

Produk perdagangan utama antara Hungary dan Malaysia termasuk peralatan elektronik, automotif, kenderaan dan mesin. Selain perdagangan dua hala, pelaburan juga murupakan bahagian yang penting antara kerjasama kedua-dua negara. Menurut Menteri H.E. Péter Szijjártó, Agensi Promosi Pelaburan Hungary telah memulakan perbincangan mengenai pelaburan Malaysia di  Hungary.

Kedua-dua menteri telah bersetuju bahawa pelaksanaan perjanjian ini dan pertubuhan Suruhanjaya Ekonomi (Joint Economic Commission) perlu dijalankan tanpa penangguhan. JEC akan terdiri daripada pegawai kerajaan serta wakil pihak swasta dari kedua-dua belah pihak. Selain itu, wakil-wakil JEC akan mengadakan perbincangan dengan kerap agar dapat memperkukuhkan lagi hubungan kerjasama ekonomi antara Hungary dengan Malaysia.

Kebelakangan ini, lawatan Menteri Darell Leiking ke Hungary telah melibatkan pertemuan dengan Menteri H.E. Péter Szijjártó, serta lawatan ke Dewan Perniagaan dan Industri Hungary (HCCI), di mana beliau berpeluang bertemu dengan syarikat-syarikat yang berminat dalam pasaran Malaysia. Berikutan, pada 18hb hingga 20hb November 2019, seramai 20 anggota delegasi (HCCI) yang terdiri daripada pelbagai sektor seperti industri makanan, jentera dan perundingan telah melawat Malaysia.