Sempena ulang tahun yang ke-50 bagi penubuhan Perhubungan Diplomatik antara Hungary dan Malaysia, H.E. Attila Kali, Duta Besar Hungary serta Delegasinya telah membuat sebuah lawatan rasmi ke Kuching, Sarawak. Peristiwa Kedutaan Hungary di Kuala Lumpur disambut bersama University Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan penganjuran sebuah Konsert Gala, secara eksklusif pada 21 November 2019.

 

Malam tersebut dibuka dengan kemunculan seniwati Cik Tímea Fabian dan Cik Ildiko Bokor yang juga dikenali sebagai "Flute-Piano Duo" yang ditubuhkan semasa tahun universiti mereka di Hungary. Konsert Gala ini memang mendapat sanjungan dan pujian yang luar biasa. Kami berharap bahawa melalui penganjuran acara budaya eksklusif seperti ini akan membolehkan Hungary mempunyai kehadiran yang lebih jelas di Sarawak serta persahabatan ini akan membawa lebih banyak faedah dan kejayaan kepada kedua-dua negara kita.

 

Melalui lawatan ini, H.E. Attila Kali berpeluang mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Gabenor Sarawak untuk membincangkan isu penting seperti kerjasama dua hala antara Hungary dan Malaysia. Beliau juga dapat mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan. Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pemimpin berkesempatan untuk membincangkan mengenai kerjasama perdagangan masa depan yang berpotensi.

 

Bahagian Ekonomi daripada Kedutaan Hungary juga telah menyertai lawatan rasmi tersebut. Tujuannya adalah untuk meningkatkan kerjasama antara kedua-dua negara terutamanya dalam komuniti perniagaan luar Kuala Lumpur. Sepanjang lawatan tersebut, SmartHub diperkenalkan kepada pelbagai pihak yang penting terutamanya dari sektor permaju hartanah. Smarthub merupakan sebuah syarikat yang mewakili beberapa syarikat yang kecil dari Hungary. Perbincangan yang diadakan di Kuching membuktikan bahawa pihak perniagaan di negeri Sarawak juga berminat untuk meneroka dan mengguna penyelesaian baru yang boleh memanfaat dan meningkatkan kualiti hidup bagi penduduk-penduduk Borneo.