Terdapat golongan yang mengambil kesempatan melakukan penipuan degan situasi yang dijana oleh pandemik global SARS-CoV-2 (COVID19). Terdapat pelbagai kes-kes dilaporkan di mana pihak yang bertindak sebagai syarikat-syarikat palsu atau berlikuidasi, memberi tawaran perniagaan kepada institusi-institusi kesihatan asing dengan tuntutan bahawa mereka memiliki bekalan yang besar untuk peralatan perlindungan kesihatan (terutamanya topeng muka). Dalam situasi begini, bayaran pendahuluan perlu diselesaikan sebelum process penghantaran. Kemungkinan besar, Pihak tersebut akan memberi pelbagai alasan barang yang dipersetujui tidak didapati. 

Penipuan sebegitu meskipun hanya diniatkan tapi tidak dilaksanakan berkebolehan untuk memberi kesan terhadap kredibiliti bisnes dan ekonomi Hungary secara menyeluruh.
Oleh demikian, anda dinasihatkan berwaspada sebelum melibatkan diri dalam sebarang transaksi. 

Sekiranya anda memerlukan maklumat tambahan atau bantuan, sila hubungi Ketua bahagian Komersial di Misi kami.