Dr. Csaba Haranghy, CEO Budapest Waterworks telah menghadiri persidangan Asia Water 2018 yang terbesar dari segi air dan air kumbahan untuk pembangunan Asia. Beliau memberikan ceramah mengenai teknologi inovatif Budapest Waterworks, aktivitinya dan rujukan Asia.

Di samping itu, beliau juga berkongsi mengenai pemodenan proses dan aktiviti antarabangsa selama ini sambil memperkenalkan penyelesaian untuk pengurusan air bawah tanah. Kedutaan Hungary di Kuala Lumpur telah mengadakan beberapa mesyuarat perniagaan untuk Dr. Haranghy. Pengurusan air berterusan menjadi bidang yang amat maju agar dapat mengalakkan kepakaran Hungary untuk digunakan di Malaysia supaya menjalinkan hubungan yang bermanfaat antara kedua-dua negara kita.

 

Budapest Waterworks berpengalaman selama 150 tahun dari segi process, pengeluaran dan operasi rangkaian paip air minuman, perkhidmatan air minum serta process air kumbahan dan perkhidmatan yang berkaitan. Selain daripada teknologi yang bertaraf dunia, Budapest Waterworks juga menawarkan kepakaran dan pengalaman dalam reka bentuk, pembinaan dan pengendalian air sistem bekalan serta pengurusan penyusunan semula dan proses perkhidmatan pelanggan dan pengurusan penghilangan air.