Ekonomi Hungary
Menurut Pejabat Perangkaan Pusat Hungary (HSCO), ekonomi Hungary telah berkembang pada kadar yang lebih rendah daripada purata EU, sebanyak 0.5% pada tahun 2024. Prestasi industri sektor perkhidmatan telah meningkat, manakala kawasan pengeluaran barangan (industri, pertanian dan pembinaan) menurun. Daripada pendekatan perbelanjaan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), pemacu utama pertumbuhan adalah penggunaan akhir sebenar isi rumah. Dengan gelombang inflasi yang semakin reda, kuasa beli pendapatan meningkat semula, dan telah banyak membantu kadar penggunaan meningkat. Imbangan perdagangan luar turut memberi kesan positif terhadap perubahan isipadu KDNK. Perdagangan luar negeri yang lebih banyak berbanding setahun lalu telah dijana dengan pengurangan isipadu eksport dan import. Walau bagaimanapun, aktiviti pelaburan yang semakin berkurangan telah memperlahankan pertumbuhan ekonomi dengan ketara.
Dalam perdagangan luar barangan, isipadu eksport dikurangkan sebanyak 2.1% dan import sebanyak 3.7% pada 2024 berbanding 2023. Defisit bajet Hungary sepadan dengan 4.9% daripada KDNK tahun 2024. Kadar pengangguran ialah 4.5% pada tahun sebelumnya.
Aliran masuk modal pelaburan ke dalam ekonomi Hungary melebihi paras EUR 10 bilion untuk tahun kedua berturut-turut pada 2024. Pelabur - pelabur yang percaya kepada Hungary memutuskan untuk melancarkan 77 projek dengan sokongan HIPA, menyuntik EUR 10.3 bilion modal baharu dalam ekonomi Hungary dan mewujudkan 18,500 pekerjaan baharu. 4 pelabur teratas ialah: China, Korea Selatan, Hungary dan Jerman.
Pada akhir suku kedua 2025, KDNK meningkat sebanyak 0.1%. Pada bulan Jun 2025, kadar pekerjaan berada pada 75,3%, manakala kadar pengangguran adalah 4,3% dan inflasi adalah 4,6%.
https://www.ksh.hu/docs/eng/xftp/idoszaki/mo/hungary_2024.pdf
https://hipa.hu/news/Hungary-investment-promotion-2024-results-HIPA/
Hubungan ekonomi Hungary–Malaysia
Pada tahun 2024, Malaysia adalah rakan dagangan ke-37 Hungary dan yang ke-2 paling penting antara negara-negara ASEAN. Jumlah dagangan ialah 823 juta USD antara kedua-dua negara. Kadar eksport Hungary ke Malaysia berkurangan sebanyak 16.4%, manakala kadar import meningkat sebanyak 4.4%. Produk eksport dan import yang paling penting pada tahun 2024 menyusul daripada kumpulan yang sama seperti jentera pejabat dan peralatan pemprosesan data mekanikal, jentera elektrik, radas dan peralatan instrumen, produk yang diproses.
Tahun sebelumnya ditandai dengan tiga pertemuan besar antara Hungary dan Malaysia:
- Pada 18 September 2024, Tuan Yang Terutama (TYT) Péter Szijjártó, Menteri Luar Negeri dan Perdagangan Hungary telah mengadakan pertemuan video dalam talian dengan TYT Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Perladangan dan Komoditi Malaysia.
- Pada 20 Mac 2024, TYT Péter Szijjártó, Menteri Luar Negeri dan Perdagangan Hungary telah melawat ke Malaysia dan mengadakan pertemuan yang membuahkan hasil dengan TYT Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, dan TYT Belvinder Sron, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia.
- Antara 22 hingga 23 Februari 2024, Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Hungary telah melawat ke Malaysia. Delegasi sebanyak sebelas syarikat diketuai oleh TYT dr. László Parragh , presiden HCCI. Ahli-ahli HCCI telah melawati Ekspo Teknologi Malaysia 2024 dan mengadakan mesyuarat dengan wakil-wakil Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia dan Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia.
Pada tahun 2023, kami telah mengalu-alukan kedatangan TYT Datuk Sei Mohamad Sabu, Menteri Pertanian dan Keselamatan Makanan Malaysia dengan hati yang mulia di Hungary. Pada 6 Julai, beliau telah mengadakan mesyurat dua hala dengan TYT dr. István Nagy, Menteri Pertanian Hungary sewaktu menandatangani Memorandum Persefahaman antara Hungary dan Malaysia dalam bidang pertanian.
Kedutaan Hungary sentiasa memberi sokongan padu kepada syarikat – syarikat Hungary untuk datang dan melawat serta mengadakan paneran di Malaysia. Pada tahun-tahun sebelum ini, kami telah menyertai dalam pameran – pameran berikut:
- Minggu Penjagaan Kesihatan Antarabangsa 2025 (International Healthcare Week IHW 2025)
- maklumat lanjut tentang acara: https://inthealthcareweek.com/
- Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia ke-18 pada 2024 (18th Defence Services Asia Exhibition and Conference 2024)
- maklumat lanjut tentang acara: https://www.dsaexhibition.com/
- Ekspo Negara Pintar 2022, 2023, 2024 (Smart Nation Expo)
- maklumat lanjut tentang acara: https://www.smartnationexpo.org/
Perjanjian berkaitan ekonomi dua hala utama
- Konvensyen Mengenai Pengelakan Cukai Dua Kali (Convention on the Avoidance of Double Taxation) (1991)
- Perjanjian Perlindungan Pelaburan (Investment Protection Agreement) (1995)
- Perjanjian Kerjasama Ekonomi (Economic Cooperation Agreement) (2019)
Institusi penting berkaitan perdagangan
- Agensi Penggalakan Eksport Hungary (Hungarian Export Promotion Agency), HEPA
- Agensi Penggalakan Pelaburan Hungary (Hungarian Investment Promotion Agency), HIPA
- Bank Eksport-Import Hungary (Hungarian Export-Import Bank), Eximbank