Pada 22 Oktober, sempena ulang tahun ke-69 Revolusi dan Perjuangan Kemerdekaan 1956, kami telah menganjurkan resepsi sambutan Hari Kebangsaan yang turut dihadiri oleh Yang Berhormat Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi sebagai Tetamu Kehormat. Dalam ucapannya, Puan Katalin Böszörményi-Nagy, Kuasa Usaha Sementara menekankan persamaan antara kedudukan Hungary dan Malaysia di pentas antarabangsa serta usaha ikhlas kedua-dua negara dalam membina keamanan dan keselamatan melalui kerjasama yang pragmatik dan saling menghormati. TYT Dr. Sándor Sipos, Bakal Duta Besar Hungary, telah menyampaikan Anugerah Pro Cultura Hungarica kepada Profesor Madya Dr. Tamás Kiss sebagai pengiktirafan terhadap komitmen beliau yang tidak berbelah bahagi dalam berkhidmat untuk negaranya melalui bidang pendidikan, kebudayaan, dan kerjasama antarabangsa. Profesor Dato’ Dr. Elizabeth Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sunway Education Group, turut membuat satu pengumuman yang menandakan pencapaian penting dalam kerjasama antara institusi pengajian tinggi Hungary dan Malaysia. Para tetamu turut menikmati persembahan seruling dan lagu rakyat oleh Puan Virág Németh, deklamasi puisi oleh Puan Hazelynn Rimbar, serta persembahan biola oleh Puan Helga Sédli. Persatuan Teqball Malaysia turut mempersembahkan demonstrasi sukan tersebut yang berasal dari Hungary.