Antall József Knowledge Centre (AJKC) di Hungary menjadi tuan rumah pelbagai acara yang tertumpu kepada pelajar institusi pengajian tinggi dan juga peserta dari dalam dan luar negara. Matlamat utama AJKC adalah pengerusan bakat dan memberi peluang untuk para pelajar and golongan profesional muda dengan pengetahuan praktikal menerusi pelbagai acara. Dengan pengalaman selama tujuh tahun di dalam bidang ini, AJKC berusaha untuk mejadi sebuah pusat pemikiran serantau yang dihormati dan dihargai  dalam isu – isu tertentu seperti Visegrad Cooperation, peranan kuasa – kuasa besar dunia, polisi keselamatan, pembangunan terkawal dan juga inovasi sosial dan teknologikal.

Delegasi ini terdiri daripada 4 wakil yang diketuai oleh Péter Antall,  Pengarah The Antall József Knowledge Centre (AJKC). Kedutaan Hungary di Kuala Lumpur diberi peluang untuk menganjurkan sebuah mesyuarat dengan Institut Asia – Eropah, Universiti Malaya pada 2hb Oktober 2018 dan dengan Institute of Strategic and International Studies Malaysia pada 1hb Oktober 2018 dengan delegasi dari AJKC untuk mengingkatkan lagi hubungan dua hala dalam konteks Pendidikan antara Hungary dan Malaysia. Dengan perjumpaan dan mesyuarat ini, diharapkan bahawa hubungan Pendidikan dua hala ini akan diteruskan dan dibangunkan.